Urgent

  • Sila jadi FOLLOWER atau pengikut blog ni..dengan menekan butang Follow letak gambar anda bersama
  • Hantar apa-apa maklumat, cerita, gambar yang berkaitan dengan SMTD ke email mezys@yahoo.com.my

ChatBox

Ahad, 4 April 2010

Sejarah SMTD

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah adalah sebuah sekolah agama rakyat yang mendapat bantuan kerajaan. Sekolah ini terletak di lokasi seluas 6673 kaki persegi dan terletak di Jalan Pegawai dalam daerah Kulim. Kelas pendidikan ini ditubuhkan pada tahun 1946. Setelah sekian lama kelas ini berjalan, AJK masjid telah bersepakat untuk mewujudkan sebuah sekolah tetap yang beroperasi secara lebih sistematik. Atas persetujuan sebulat suara AJK Masjid serta desakan dan dorongan masyarakat setempat ketika itu, sekolah itu dikenali Sekolah Tarbiah Diniyah pada tahun 1962, Sekolah Tarbiah Diniyah telah memulakan operasi secara teratur mengikut system persekolahan sebenar.
Namun begitu, pada awal penubuhan bagunan sekolah masih belum dibuka maka pembelajarannya masih diteruskan di Balai Lintang Masjid. Berkat usaha AJK sekolah dengan membuat rayuan kepada Pegawai Daerah, sebuah bagunan telah dibina di atas tapak seluas 66731 kaki persegi pada tahun 1968 di bawah Rancangan Pembagunan Luar Bandar. Bagunan yang terletak di Jalan Pegawai, di pinggir Kulim itu didaftarkan juga pada tahun yang sama mengikut undang-undang Negeri Kedah di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah Darulaman. Pentadbiran pertama yang menguruskan sekolah ini ialah Almarhum Tuan Haji Salleh Bin Haji Othman dengan bantuan penolongnya Tuan Haji Mohd Noor Bin Haji Ahmad. Seterusnya tampuk pentadbiran kedua iaitu Almarhum Tuan Haji Ahmad Bin Haji Said. Pada awal pembukaan sekolah ini, tiga kelas dibuka dengan seramai 6 orang tenaga pengajar. Bagunan pertama yang dibina ialah beratapkan zink dan berdindingkan kayu yang diperolehi melalui sumber derma dari orang ramai dan wakaf dari pihak tertentu. Kemudiaanya, pentadbiran sekolah ditakbir oleh Tuan Haji Harun Bin Haji Rejab. Beliau telah banyak membuat perubahan pada pentadbiran sekolah supaya lebih sistematik.
Kini, 62 tahun telah berlalu, sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah telah membuka tirai baru mencipta pelbagai rentetan sejarah sejak penubuhannya. Sekolah yang mempunyai Bahasa Arab dan Akademik ini semakin meningkat prestasi pelajarannya dari tahun ke tahun. Empat sijil peperiksaan wajib yang di ambil oleh pelajar ialah Pereriksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan tiga, Sijil Menengah agama Rendah (SMRA) ketika menduduki tingkatan empat, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar tingkatan lima dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Agama (STA) untuk tingkatan enam. Selain itu, jumlah pelajar juga meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan pihak pentadbiran sekolah kini dipegang oleh Ustaz Shaleh Bin Abd. Rahman mengambil inisiatif dengan melengkapkan keperluan asas bilik darjah mencukupi termasuk bangunan surau, asrama lelaki dan perempuan, bangunan perpustakaan, bilik komputer, bilik sumber, bilik aktiviti kokurikulum dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa dari segi perkembangan akademik.
Semoga Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim mampu mengorak langkah mencapai kecermerlangan yang lebih berprestij pada suatu hari nanti demi melahirkan generasi ilmuwan Islam yang beriman. Ia akan jadi gedung ilmu ternama. Ia pasti jadi kerana telah ditakdirkan.
Sekian Terima Kasih.

3 ulasan:

  1. wah bangganya dengar berita ni!

    BalasPadam
  2. kalau tengok video SMTD tu..memang membanggakan, banyak aktiviti2 tak macam kita dulu...pelajar lelaki kokurikulum main kuda perempuan pulak tidoq dalam asarama...hahhaa

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails