Urgent

  • Sila jadi FOLLOWER atau pengikut blog ni..dengan menekan butang Follow letak gambar anda bersama
  • Hantar apa-apa maklumat, cerita, gambar yang berkaitan dengan SMTD ke email mezys@yahoo.com.my

ChatBox

Rabu, 21 Disember 2016

Khanchanaburi-Route 12 2016

NVOG 2016 Ride To Kanchanaburi - Route 12 Thailand

 

Tarikh: 2 Dec - 10 Dec (8 Hari)

Bermula seawal 6 pagi waktu Thailand konvoi seramai 7 orang bikers dari Northern Versys Owners Group & Friends (NVOG) memulakan pengembaraan ke negara Gajah Putih bermula dari Pekan Danok, Sadao menuju ke Pattalung. Perjalanan sejauh 700Km meredahi cuaca hujan & banjir kilat serta jalanraya yg sedang dinaik taraf dan kami selamat tiba di pekan Prachuap Khiri Khan pada jam 9 malam waktu Thailand. Hari kedua, kami memulakan perjalan dari Prachuap Khirikan menuju ke Kanchanaburi dengan cuaca yang cerah mengiringi sepanjang 400KM perjalanan kami dan tiba kedestinasi yang dituju pada jam 4 petang. Kami singgah makan sebelum mencari hotel penginapan untuk bermalam selama 2 hari Khanchanaburi.  Kanchanaburi bermaksud (Batu Permata/Kanchana) terletak di sebelah barat Bangkok, Thailand berhampiran dengan negara Myanmar (Burma). Menurut sejarah , jambatan "River Kwai' ini di bina semasa Perang Dunia  ke2 dan terkenal dengan nama Death Railway . Jambatan yg menghubungkan Thailand dengan Burma ini pernah runtuh di serang pihak bersekutu semasa peperangan tersebut dan dibina semula oleh pihak Jepun pada masa itu. Kami Bertolak ke Death Railway Station yang terletak di sekitar Tham Kasae pada hari ke 3. Sepanjang perjalanan dengan keretapi dari Stesen Kancanaburi ke Stesen Tham Kasae mengambil masa 1 jam dan konvoi NVOG & Friends dapat merasai bertapa perit dan terseksa para buruh paksaan dari beberapa negara yang dikerah bagi membina jalan serta jambatan keretapi maut tersebut. Dari Jambatan Keretapi Maut konvoi bergerak ke Erawan National Park. Sebaik tiba di Erawan National Park kami tidak melepaskan peluang utk turun menyejukkan badan sambil mengambil gambar dan melihat pemandangan persekitaran di sekeliling. Seterusnya pada hari keempat, konvoi bergerak meninggalkan pekan Khancanaburi untuk ke Khao Kao, Route 12. Dalam perjalanan ke Route 12, konvoi NVOG & Friends sempat singgah di LHM Muzium Motosikal yang teletak dipinggir bandar Khancanaburi. Perjalanan diteruskan ke Khao Kao sejauh 445KM dan kami tiba dipuncak Route 12 pada pukul 7 malam & terus mendaftar masuk di Motel Route 12. Suasana dingin sekitar 16°c menyambut ketibaan kami. Keesokkan pagi kami mengambil peluang melihat suasana indah pancaran matahari naik di tanah tinggi Khao Kao dan singgah di Route 12 cafe station untuk membeli sedikit cenderamata sebagai kenang kenangan kerana sudah sampai di Route 12 yg menjadi impian setiap bikers kental.Perjalanan hari kelima dari Route 12 Khao Kao, konvoi bergerak turun ke Lop Buri sejauh 308KM. Konvoi singgah dipekan Phetchabun untuk singgah untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan. Kami tiba di daerah Lop Buri sekitar 6 petang dan mendaftar masuk ke sebuah resort di bandar tersebut.  Keesokkan pagi selepas bersarapan pengembaraan hari keenam diteruskan dengan konvoi mula bergerak ke ladang bunga matahari yang banyak terdapat disepanjang jalan didaerah LopBuri. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan keindahan bunga matahari yang sedang mekar mengikut sinaran matahari.Dari ladang bunga matahari di daerah LopBuri kami bergerak ke Hua Hin dengan jarak perjalanan sejauh 500 km dan singgah di SuphonBuri untuk makan tengahhari. Konvoi mengikut jalan persisiran pantai & mendaftar masuk disebuah hotel dipinggir night market yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi Hua Hin. Aktiviti malam di Hua Hin diisi dengan melihat dan membeli cenderahati disepanjang night market.  Hari ketujuh pengembaraaan dimulakan dengan pergerakan ke Mae Klong Train market seawal jam 6.30pagi. Kami mula bergerak menuju kedestinasi yang dituju. Konvoi tiba pada jam 8 pagi dan sempat merakamkan perjalanan keretapi melalui kesibukkan pasar pagi dicelah-celah gerai penjaja mula membuka bumbung serta menutup barangan untuk memberi laluan kepada keretapi yang lalu.  Satu pemandangan yang sangat unik kerana susana di Mae Klong train market tidak ada dinegara lain termasuk Malaysia. Dari Mae Klong train market konvoi bergerak ke floating market dan selepas itu bergerak balik ke hotel untuk meneruskan perjalanan ke Suratthani. Perjalanan ke Suratthani sejauh 450 km diteruskan dengan cuaca yang agak mendung dan kami tiba di destinasi hotel kami dalam hujan yang sangat lebat. Hari kelapan merpupakan hari terakhir kami di negara Gajah Putih. Perjalanan dari Suratthani ke Danok sejauh 350KM mengambil masa dalam 4 jam dan kami tiba di pekan Danok pada jam 3 petang dan makan tengahari sebelum bergerak keluar ke Bukit Kayu Hitam. Konvoi kemudian singgah di restaurant D'Warisan II sempena pembukaan restaurant tersebut yang merupakan ahli NVOG & Friends. Dari D'Warisan kami bergerak ke R&R Gurun dan disambut meriah ketibaan kami oleh beberapa rakan-rakan NVOG & Friends yang menunggu untuk menyambut kepulanan konvoi  Ride to Kanchanaburi - Route 12.  Banyak pengalaman manis bersama-sama sepanjang perjalanan mengajar kami lebih menghargai erti kehidupan serta dapat melihat keindahan dan sejarah dinegeri orang. Kami berasa amat bersyukur kembara kali ini tidak mengalami sebarang kesulitan sepanjang perjalanan kami banyak berjumpa dengan bikers-bikers dari Malaysia & Singarpura malah bikers dari Thailand sendiri yang berkonvoi kedestinasi serata pelusuk dan sempat merakam gambar dan berkongsi pengalaman serta cerita mengenai aktiviti pemotoran serta minat yang sama.  

Selasa, 14 Julai 2015

MAJLIS TAUTAN KASIH 2015






 TAUTAN KASIH 2015

TARIKH : 12 JULAI 2015
HARI      : AHAD
TEMPAT : SMTD































































































































































































































































Related Posts with Thumbnails